Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua individu | Scoop

Bayi dicampak dari kondominium: Polis rakam keterangan dua individu

Proses bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bermula 2 petang tadi

4:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu dipercayai saksi kejadian bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondomonium di Sri Petaling di sini semalam,  telah dirakam percakapan mereka hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata sehingga kini polis masih mengumpul maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Beliau berkata proses bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya bermula 2 petang tadi.

Semalam, seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi di kondominium berkenaan sehingga mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related