Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mayat lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sg Klang | Scoop

Mayat lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sg Klang

Terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki ditemukan tersangkut pada tiang paip air di Sungai Klang berhampiran tanah perkuburan Bukit Tandang, Sungai Way, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 9 pagi.

“Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemukan tertiarap di dalam air dan tiada pengenalan diri ditemukan bersama mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan luka pada dahi, luka lelasan pada kedua-dua tangan dan lebam pada rusuk kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, tiada senjata ditemukan di lokasi kejadian dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

Kes disiasat sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Serdang hari ini bagi mengenal pasti punca kematian, katanya. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related