Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan | Scoop

6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan

Penempatan itu adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak

10:16 PM MYT

 

KUCHING – Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.

Beliau berkata penempatan itu adalah bagi mengatasi masalah kekurangan guru di seluruh negara termasuk di Sarawak. 

“Kita akan maklumkan penempatan ini dari semasa ke semasa di seluruh negara, untuk Sarawak juga kita akan ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #terimakasihcikgu 2024 di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) di sini hari ini.

Azman berkata demikian semasa mengulas isu kekurangan lebih 2,000 guru di Sarawak ketika ini dan yakin masalah itu boleh diatasi.

Beliau berkata setakat Disember 2023, sejumlah 1,100 guru baharu telah ditempatkan di Sarawak yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related