Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bayi baru lahir, masih bertali pusat dicampak dari kondominium | Scoop

Bayi baru lahir, masih bertali pusat dicampak dari kondominium

Polis giat kesan individu yang terlibat dengan kejadian itu

8:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari sebuah kondominium dekat Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari atas bangunan sebuah kondominium di Sri Petaling mengakibatkan bahagian kepalanya pecah.

“Siasatan awal mendapati bayi itu baru sahaja dilahirkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related