Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rumah agam 99 pintu yang penuh misteri di Pulau Pinang, rosak dihempap kren tumbang | Scoop

Rumah agam 99 pintu yang penuh misteri di Pulau Pinang, rosak dihempap kren tumbang

Kren berkenaan dipercayai digunakan untuk penggambaran kru filem asing

9:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah agam usang dikenali sebagai Rumah 99 Pintu di Ladang Byram, di Nibong Tebal yang sering menjadi tumpuan pemburu paranormal telah mengalami kerosakan selepas dihempap oleh sebuah kren.

Mengikut laporan di media sosial, kren berkenaan dipercayai digunakan oleh kru penggambaran filem asing di Pulau Pinang.

Malangnya, kren tersebut dikatakan tidak stabil lalu tumbang dan menghempap sebahagian banglo yang penuh dengan sejarah.

Individu yang memuatnaik gambar-gambar di media sosial bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bila kejadian tersebut berlaku.

Dia menyatakan:

“Saya tidak tahu sama ada kumpulan penggambaran China atau Taiwan datang ke sini untuk merakamkan video. Satu lagi tapak sejarah telah musnah.”

Rumah yang dibina pada zaman kolonial British itu memiliki keunikan tersendiri dan dikatakan memiliki 99 pintu, selain dikelilingi ladang kelapa sawit pada suatu masa lalu. – Gambar ihsan Facebook Penang Kini, 9 Mac, 2024

Sebaik sahaja gambar-gambar berkenaan dimuatnaik di media sosial, ia telah mencetuskan kemarahan netizen dan menyalahkan kren tersebut yang tidak diletakkan dengan stabil serta kukuh.

Ada yang menyatakan kejadian itu berlaku beberapa hari lepas.

Rumah berkenaan yang dibina pada zaman kolonial British itu memiliki keunikan tersendiri dan dikatakan memiliki 99 pintu. Ia dikelilingi ladang kelapa sawit pada suatu masa lalu.

Ia pernah terbakar, tiga tahun lalu. Kediaman yang dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.5 hektar itu kelihatan mempunyai sejarah hitam tersendiri dan sering diselubungi dengan kisah-kisah seram serta misteri. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related