Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
'Kurma mentega' jadi kegilaan baharu di Malaysia | Scoop

‘Kurma mentega’ jadi kegilaan baharu di Malaysia

Mengenali rakyat Malaysia, jangan terkejut jika selepas ini ada menu kurma keju

11:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kurma makan dengan mentega? Ini kegilaan terbaharu ketika ini ketika bulan Ramadan bakal menjengah tiba.

Ramai yang ingin mencuba makanan tersebut dan tidak kurang pula terkejut dengan kegilaan terbaharu ini.

Ada yang mahu mencubanya dan merasai sendiri bagaimana rasa campuran buah kering dimakan bersama mentega.

Bagi yang telah mencubanya, mereka mengakui ia sedap dan sesuai dengan selera serta ‘tekak’ masing-masing.

“Lol, aku pun sejenis liat makan kurma. Tapi semalam dah cuba (sebab unsalted butter sentiasa ada je kat rumah) memang ngam masuk tekak.

“Makan 3 biji je tapi energy stedi mendepani seluruh hari yang sukar ya,’’ jelas Reen FN menerusi hantaran di X.

Ada pula yang menyatakan selepas merasai kurma dan mentega, mereka menjadi ketagih dan mahu menjadikan ia sebagai hidangan ‘wajib ambil’ ketika bersahur.

Bagaimanapun ada netizen yang mengingatkan orang ramai pengambilan mentega berlebihan terutama dari aspek kalori.

Pemilik akaun Sha mahu kalori yang seimbang diambil kira apabila orang ramai mahu mencuba ‘kurma mentega’. – Gambar tangkap layar, 8 Mac, 2024

Begitu juga dengan netizen dikenali sebagai Adass yang mengingatkan orang ramai mengenai diabetes dan meminta supaya mereka mengurangkan makanan yang berlemak serta manis.

Namun ada yang sinis dengan makanan terbaharu ini.

“Mengetahui rakyat Malaysia ni, aku tidak terkejut selepas ini akan ada kurma cheese, kurma butter leleh dan kurma pistachio,’’ kata Zalya

Apa pun, dalam mencuba setiap makanan, perlu ada kawalan dan makanlah seadanya untuk mengelakkan penyakit di kemudian hari. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related