Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MCMC lancar Cashless@Nadi di Felda Chemplak Barat, Segamat | Scoop

MCMC lancar Cashless@Nadi di Felda Chemplak Barat, Segamat

MCMC memaklumkan program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan membina keyakinan masyarakat luar bandar mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai

10:40 PM MYT

 

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini melancarkan program masyarakat tanpa tunai (Cashless Society) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Felda Chemplak Barat, Segamat.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan membina keyakinan masyarakat luar bandar mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai.

“Penggunaan kaedah pembayaran ini adalah mudah, selamat dan pantas. Agenda masyarakat tanpa tunai ini berteraskan aspek ketersediaan infrastruktur capaian Internet, polisi mesra industri dan rakyat serta masyarakat digital inklusif.

“Pembayaran digital ini merujuk kepada pembayaran tanpa tunai dengan menggunakan kaedah seperti e-dompet, kod QR DuitNow, kad kredit, kad debit dan perbankan mudah alih,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut memaklumkan program tersebut telah mula dilaksanakan di Melaka dan di 28 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) seluruh negara, tahun lepas.

“Menerusi promosi Cashless Society di Melaka, seramai 12,935 pengguna transaksi tanpa tunai dicapai dan lebih daripada 2,700 peniaga berjaya didaftarkan atas premis digital.

“Sehubungan itu pelaksanaan Program Perluasan Cashless Society 2024 bermula di Johor sebelum diteruskan ke Negeri Sembilan dan Pahang,” menurut MCMC.

Program Cashless Society merupakan inisiatif berimpak tinggi dijalankan kerajaan persekutuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital negara selari dengan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 yang menyasarkan purata seorang individu melakukan 400 transaksi digital menjelang tahun 2026. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related