Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis giat kesan individu tabur kertas nota ‘Nga Kor Ming jangan cabar Islam’ | Scoop

Polis giat kesan individu tabur kertas nota ‘Nga Kor Ming jangan cabar Islam’

Pihak polis berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang terlibat menabur nota berunsur ugutan di depan kediaman ibu bapa kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Ayer Tawar, Manjung, Perak hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya telah menerima laporan di mana pengadu iaitu ibu Kor Ming, berusia 76 tahun, menyatakan pada jam 7.30 pagi, semasa keluar dari rumah menemukan banyak kertas bertaburan di depan rumahnya.

Kertas itu tertera nota bertulis ‘Nga Kor Ming jangan cabar Islam’.

“Pengadu percaya perkataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu katanya, kes masih dalam siasatan dan punca kejadian belum diketahui.

“Usaha mengesan individu yang terlibat kini masih diteruskan.

“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkannya kepada pegawai penyiasat bagi membantu siasatan,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related