Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hadi utus warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor | Scoop

Hadi utus warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor

Kenyataan daripada pejabat Presiden PAS itu menyatakan warkah berkenaan telah diutus dan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Lela Bakti

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah mengutuskan suatu warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertarikh semalam.

Kenyataan daripada pejabat Presiden PAS itu menyatakan warkah berkenaan telah diutus dan diserahkan kepada Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Lela Bakti.

“Adalah dimaklumkan bahawa suatu warkah Menjunjung Kasih kepada DYMM Sultan Selangor telah diutus dan diserahkan kepada Datuk Lela Bakti Setiausaha Sulit Baginda Tuanku, bertarikh 4 Mac 2024.

“Menjunjung Kasih Tuanku,’’ katanya.

Sultan Sharafuddin sebelum ini telah menzahirkan dukacita dengan kenyataan Hadi bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Raja-Raja Melayu.

Susulan kenyataan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Ab Halim Tamuri.

Antara intipati surat berkenaan adalah baginda menyifatkan Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari 2024.

Sementara itu, semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rizarudin Husain memaklumkan, polis akan mengambil keterangan daripada Hadi di pejabatnya di Jalan Raja Laut, petang ini berhubung kenyataan pemimpin itu bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.

Razarudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related