Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Teresa persoal kenapa polis tidak siasat Prof Teo Kok Seng meskipun keluarkan kenyataan rasis? | Scoop

Teresa persoal kenapa polis tidak siasat Prof Teo Kok Seng meskipun keluarkan kenyataan rasis?

Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong didakwa mengeluarkan kenyataan rasis mengenai sekolah vernacular di dalam akaun TikTok ‘The Merdeka Times’

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini mempersoalkan mengenai kriteria yang digunakan oleh polis untuk membuka siasatan terhadap ahli politik terutama melibatkan dakwaan hasutan.

Beliau memberi contoh kes veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang dipanggil oleh polis untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang menyentuh mengenai kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga dengan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di mana beliau telah dipanggil memberikan keterangan di bawah Akta Hasutan.

Namun, Teresa berkata, berbeza dengan kes seorang pensyarah, Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis mengenai sekolah vernacular di dalam akaun TikTok ‘The Merdeka Times’.

“Saya dan ramai ahli-ahli berhormat di Dewan Rakyat ini belajar di sekolah Cina. Kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu. Kenyataan Prof Dr Teo Kok Seong ini memang memutarbelitkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dengan Cina.

“Ini adalah hasutan. Kenapakah kenyataan yang rasis dan putar-belit ini tidak disiasat oleh polis?’’ soalnya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Disember lalu, Kit Siang disiasat susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Manakala Tony pula telah dipanggil memberikan keterangan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Teresa turut memberikan cadangan mengenai pembinaan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) termasuk menyediakan kemudahan Multi-Storey Park & Ride (MSPR) yang mencukupi untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka, terutamanya di Stesen MRT Kuchai (MRT3) dan Stesen MRT Taman Naga Emas (Laluan Putrajaya).

Jelasnya, projek berkenaan mendapat sokongan beliau sepenuhnya dan mengakui ia merupakan projek yang perlu dilaksanakan dengan cepat di Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Bagaimanapun tanggungjawab penyediakan kemudahan dan akses di sekitar stesen juga harus ditanggung pihak berkuasa tempatan, khusunya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Dalam konteks ini, pihak berkuasa tempatan boleh mengarah pemaju projek pembinaan yang berdekatan untuk mengadakan laluan pejalan kaki berbumbung dan jambatan atas pejalan kaki ke stesen LRT/MRT terdekat sebagai salah satu syarat kelulusan permohonan Development Order,’’ katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Related