Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PM terima kunjungan hormat pengasas bersama Grab, Anthony Tan | Scoop

PM terima kunjungan hormat pengasas bersama Grab, Anthony Tan

Antara yang dibincangkan adalah bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan

6:42 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Holdings Inc (Grab), Anthony Tan, yang merupakan usahawan kelahiran Malaysia dan berjaya mengasaskan syarikat teknologi yang disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq, Amerika Syarikat.

Dalam pertemuan pagi tadi, Perdana Menteri berkata, Grab kini mempunyai modal pasaran sebanyak USD12.34 bilion.

“Dalam pertemuan ini saya telah dibentangkan potensi pelaburan oleh Grab di Malaysia.

“Ini terkait dengan perniagaan seperti Grab dan Jaya Grocer. Selain itu, pengoperasian GX Bank dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, mereka juga membincangkan bagaimana Grab dapat berkembang dengan model perniagaan yang turut membantu masyarakat dan perniagaan Malaysia dalam meningkatkan peluang menjana pendapatan.

“Semoga kecekalan saudara Anthony menjadi pendorong kepada anak-anak Malaysia lain terutamanya yang berminat menceburi bidang keusahawan teknologi,’’ katanya. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related