Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Gantung siaran langsung Parlimen sementara waktu, gelagat tak bertamadun Ahli Parlimen bazir duit: Puad | Scoop

Gantung siaran langsung Parlimen sementara waktu, gelagat tak bertamadun Ahli Parlimen bazir duit: Puad

Datuk Mohd Puad Zarkashi turut menggesa Ahli Parlimen turut disekat daripada membuat 'TV live' di Parlimen bagi mencari publisiti murahan

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencadangkan siaran langsung persidangan Dewan Rakyat digantung sementara waktu.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat tidak terus dihidangkan dengan sikap tidak bertamadun sesetengah Ahli Parlimen.

“Kerajaan patut mengkaji semula siaran langsung sidang Parlimen di RTM. Ia wajar digantung sementara waktu.

“Tidak ada faedahnya jika rakyat hanya dihidangkan dengan gelagat tidak bertamadun sesetengah Ahli Parlimen. Membazir duit pembayar cukai.

“Kalau hari-hari tengok perangai Ahli Parlimen macam dari Pendang memang buang masa. Meluat dan tidak ada faedah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, siaran langsung persidangan Dewan Rakyat itu boleh digantikan dengan sesi khas bersama Ahli Parlimen dengan menjemput mereka yang mempunyai tatasusila dan akhlak baik ketika berbicara.

Puad turut menggesa Ahli Parlimen turut disekat daripada membuat ‘TV live’ di Parlimen bagi mencari publisiti murahan.

“Jangan benarkan Ahli Parlimen guna TV Live untuk ‘show off’, cari publisiti murahan, kaki temberang dan jaja cerita ‘hearsay’ macam Tasek Gelugor,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim ‘bernasib baik’ apabila terlepas hukuman digantung empat hari daripada menghadiri Dewan Rakyat yang terdahulu dikenakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Hukuman itu ’digugurkan’ Johari selepas Awang memohon maaf dan menarik balik satu kenyataannya selepas Perdana Menteri diberikan slot untuk mengucapkan terima kasih pada awal sesi kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hari ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa di Dewan Rakyat bahawa beliau diajak dan diugut supaya menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah dakwanya, beliau turut ditawarkan habuan termasuklah diberi peruntukan wakil rakyat bernilai RM1.7 juta selain tuduhan rasuah yang dihadapinya akan digugurkan. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related