KUALA LUMPUR – Dua orang maut manakala dua lagi cedera dalam letupan gas acetylene di sebuah kedai di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama, di sini, pagi tadi.
Identiti mangsa yang terlibat masih belum dikenalpasti.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan ketika kejadian terdapat empat mangsa dan kerja-kerja ventilasi sedang dilakukan untuk mengeluarkan gas yang masih berada di dalam kedai.
“Bomba menerima panggilan pada jam 10.14 pagi dan apabila sampai di lokasi, Komander Operasi memaklumkan letupan gas acetylene itu berlaku di sebuah kedai yang mempunyai keluasan 30x60kp,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut JBPM, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) juga kini berada di lokasi kejadian.
Jelasnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan kelak. – 23 Februari, 2024