Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Majikan diingatkan sedia penyata EA, EC 2023 sebelum 29 Feb | Scoop

Majikan diingatkan sedia penyata EA, EC 2023 sebelum 29 Feb

Kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967

6:50 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengingatkan majikan untuk menyedia dan menyerahkan penyata saraan EA dan EC pekerja bagi 2023 sebelum atau pada 29 Feb ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan peruntukan subseksyen 83 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), majikan bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Borang C.P. 8A (EA)/C.P.8C (EC) atau penyata saraan EA dan EC dengan lengkap setiap tahun mengikut tarikh yang ditetapkan kepada semua pekerja.

Kegagalan majikan melaksanakan tanggungjawab itu adalah menjadi satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b) ACP 1967, yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut kenyataan itu, majikan boleh merujuk nota panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC yang disediakan dalam portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my atau https://www.hasil.gov.my/media/4jjh00qh/nota-penerangan-e-2023.pdf. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related