Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kanak-kanak lelaki maut dihempap pokok tumbang di pusat rekreasi Batu kikir | Scoop

Kanak-kanak lelaki maut dihempap pokok tumbang di pusat rekreasi Batu kikir

Kakaknya pula mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika mandi-manda di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki itu maut di tempat kejadian manakala kakaknya dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan ke atas saksi yang merupakan bapa mangsa, dia mengatakan pada jam 1 petang, dua anaknya itu dibawa untuk mandi-manda di pusat rekreasi tersebut.

“Ketika itu dua anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak dan kemudian bergerak ke arahnya yang berada di kawasan jeram. Semasa menuju ke arahnya, sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kedua-dua mangsa.

“Anak lelakinya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada akibat dihempap pokok.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related