Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki Perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang | Scoop

Lelaki Perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang

Seramai 17 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu

10:56 AM MYT

 

BALIK PULAU – Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.

“Berikutan itu pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi.

Beliau berkata mangsa yang boleh dihubungi menerusi telefon bimbitnya ditemukan pada 1.22 pagi dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya seramai 17 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu yang tamat sepenuhnya pada 4.58 pagi ini. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related