Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
49 laporan polis dibuat terhadap Dd Chronicle | Scoop

49 laporan polis dibuat terhadap Dd Chronicle

"Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah.": Ketua Polis Negara

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial Dd Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua laporan polis berkenaan adalah sehingga semalam.

“Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related