KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilihat menaiki kenderaan awal pagi tadi dan meninggalkan hospital tempat dia ditahan sejak Ogos tahun lalu, menuju ke kediamannya di Bangkok.
AFP melaporkan, hartawan kontroversi itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun sebaik sahaja kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Hukuman itu berkaitan dengan tiga sabitan membabitkan kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan, mengarahkan bank milik kerajaan mengeluarkan pinjaman asing secara haram dan memegang saham secara haram melalui penama.
Namun hukumannya dikurangkan kepada satu tahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn.
A video of former inmate #Thaksin leaving Police Hospital at 6.09am Sun. The timing could be construed as deliberately chosen to make it auspicious as # 9 (kao) also sounds the same as "stepping forward" (ก้าว). #Thailand #WhatsHappeningInThailand #ทักษิณ #ทักษิณกลับบ้าน pic.twitter.com/ZZiLdihG1h
— Khaosod English (@KhaosodEnglish) February 18, 2024
Thaksin yang memakai pendakap leher dan duduk di sebelah anak perempuannya, Paetongtarn dan Pintongta, dibawa keluar dari hospital pagi ini, menuju ke kediamannya.
Beberapa orang yang membantah pembebasannya turut berhimpun di luar pekarangan hospital.
Ogos tahun lalu, Thaksin tiba di Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Thaksin, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2001 hingga 2006, telah hidup dalam buangan sejak 2008 dan menghabiskan sebahagian besar masanya di Dubai selepas kerajaannya digulingkan dalam rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin. – 18 Februari, 2024