Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki berpaut belakang lori di lebuh raya Linkedua dikesan polis | Scoop

Lelaki berpaut belakang lori di lebuh raya Linkedua dikesan polis

Semasa kejadian, pemandu lori tidak menyedari tindakan lelaki berkenaan

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan identiti seorang lelaki yang bertindak berpaut di belakang lori sedang bergerak dalam kejadian di Kilometer 35 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala ke Senai, Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, pemandu lori berumur 36 tahun itu sudah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Menurutnya, semasa kejadian, pemandu lori jenis Scania itu yang dalam perjalanan dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan perindustrian, tidak menyedari terdapat seorang lelaki berpaut di belakang kenderaan sedang dipandunya.

“Dia (pemandu) hanya menyedari perkara terbabit selepas rakannya menghantar video viral memaparkan kejadian berkenaan,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, kejadian itu dikesan polis pada 16 Februari lalu kira-kira jam 12 tengah hari susulan tular video memaparkannya yang dimuatnaik di media sosial.

“Dalam video berkenaan, terdapat seorang lelaki sedang berpaut di belakang lori terbabit ketika kenderaan itu sedang bergerak.

“Siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku sehari sebelumnya, iaitu pada 15 Februari kira-kira jam 10 pagi,” katanya.

Seng Lee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Polis daerah Kulai meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit, tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

“Saksi juga boleh menghubungi terus pegawai penyiasat trafik, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507,” katanya. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related