KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, Petaling Jaya awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis ada menerima laporan berhubung kejadian itu yang menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar.
“Kami ada buat tangkapan berkaitan kejadian ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu dalam masa terdekat. – 15 Februari, 2024