Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Nahas udara Kapar: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat | Scoop

Nahas udara Kapar: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat

Keluarga dibawa ke bilik khas sebelum proses pengecaman mayat dilakukan

8:45 AM MYT

 

KLANG – Ahli keluarga dan waris pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42, tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Beberapa minit kemudian, ahli keluarga juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, pula menyusul tiba.

Difahamkan, kedua-dua waris dibawa ke sebuah bilik khas oleh kakitangan hospital untuk diberikan taklimat sebelum proses pengecaman mayat dilakukan.

Dua anggota polis dilihat tiba di perkarangan Jabatan Forensik hospital terbabit kira-kira jam 8.30 pagi dipercayai membawa beberapa sampel.

Keluarga Roshaan dilihat memasuki Jabatan Forensik HTAR kira-kira jam 9.13 pagi. – Gambar Juliana Johar/Scoop, 14 Februari, 2024

Kira-kira jam 9.13 pagi, ahli keluarga Roshaan dilihat memasuki Jabatan Forensik hospital terbabit.

Terdahulu, mayat kedua-dua mangsa insiden terbabit dikeluarkan daripada bangkai pesawat Gabriel BK160 itu pada jam 8.11 malam tadi dan terus dihantar ke HTAR.

Kedua-dua ahli kelab penerbangan Air Adventure Flying Club itu sedang melakukan penerbangan rekreasi sebelum pesawat berkenaan terhempas.

Dalam kenyataannya, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa ditemukan dalam pesawat yang terbenam lebih dua meter atau kira-kira 45 peratus dalam tanah.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam kokpit bangkai pesawat pada jam 2 petang,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan dua individu berada di dalam pesawat itu, termasuk seorang juruterbang.

Namun, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat ringan itu sebelum ia terhempas. – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related