Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
41 orang cemas terperangkap dalam kejadian kepala air sebelum diselamatkan | Scoop

41 orang cemas terperangkap dalam kejadian kepala air sebelum diselamatkan

Kesemua mangsa dibantu menyeberangi sungai deras sedalam 1.5 meter dengan menggunakan tali keselamatan

4:15 PM MYT

 

KAPIT – Sembilan keluarga dari Bintulu yang sedang berkhemah dan bermalam di Sungai Yong, Jalan Bukit Goram, kira-kira 20 kilometer dari Kapit berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air malam tadi.

Ketua Bomba Zon Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Andy Alie berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit yang menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 8.32 malam telah menghantar lapan anggota serta logistik ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa seramai 41 orang.

Kesemua mangsa dibantu menyeberangi sungai deras sedalam 1.5 meter dengan menggunakan tali keselamatan. – Gambar ihsan Bomba Sarawak, 12 Februari, 2024

Beliau berkata, turut bergerak ke lokasi ialah dua anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sampai ke lokasi kejadian didapati benar terdapat sembilan keluarga yang berasal dari Bintulu sedang berkhemah dan bermalam di tebing sungai terbabit. Akibat cuaca hujan, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras,” katanya.

Andy berkata, kesemua mangsa kemudian dibantu menyeberangi sungai deras sedalam 1.5 meter dengan menggunakan tali keselamatan dan operasi tamat pada 9.56 malam selepas kesemua mangsa berjaya diselamatkan. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related