Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan | Scoop

Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan

Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak

2:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina, setakat 1 tengah hari tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.

Peningkatan trafik turut berlaku di arah utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Melaka, katanya.

Menurut LLM, trafik juga dilaporkan perlahan dari Bentong Timur ke Bukit Tinggi hingga Genting Sempah, Pahang sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.

”Aliran trafik juga sesak di kedua-dua arah Plaza Tol Gombak,” katanya. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related