Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kekasih mengaku benam kepala anak pelakon Tamara Tyasmara, 12 kali dalam air | Scoop

Kekasih mengaku benam kepala anak pelakon Tamara Tyasmara, 12 kali dalam air

Yudha Arfandi menggunakan alasan mahu menjadikan kanak-kanak itu ‘lebih kuat’ serta tidak terlalu panik dan takut air

10:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kekasih kepada pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara iaitu Yudha Arfandi, akhirnya mengaku dia membenamkan kepala anak pelakon itu di dalam kolam renang pada 27 Januari lalu dengan alasan melatih kanak-kanak tersebut berenang.

Alasan yang diberikan oleh Yudha atau YA ialah bagi melatih Raden Adante Khalif Pramudityo, 6, supaya kanak-kanak itu dapat menyelam dan tahan di dalam air, demikian lapor Kompas.com.

Menurut polis, YA turut menggunakan alasan supaya Raden ‘lebih kuat’ serta tidak terlalu panik dan takut air.

Laporan bedah siasat sebelum ini mendapati kanak-kanak tersebut telah dibenam ke dalam kolam sebanyak 12 kali.

Dalam pada itu, Ketua Jenayah Khas Polis Metro Jakarta, Rovan Richard Mahenu berkata, polis telah menyoal siasat YA sebelum ini dan proses berkenaan akan diteruskan hari ini meskipun suspek telah mengaku.

“Sudah dilakukan pemeriksaan tahap pertama dengan 36 pertanyaan diajurkan dan semalam 26 pertanyaan,’’ katanya Rovan namun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pertanyaan yang disoal kepada Yudha.

YA telah ditahan pada Jumaat lalu dan dibawa ke balai polis Metro Jakarta pada jam 10 pagi.

Raden merupakan anak kepada aktres Tamara Tyasmara dan bekas suaminya, DJ Angger Dimas.

Dante kehilangan nyawa di kolam renang Tirtamas Pondon Kelapa pada 27 Januari lalu, ketika berada di bawah pengawasan Tamara, semasa aktress tersebut sedang menjalani penggambaran sebuah rancangan televisyen.

Berikutan itu, Angger, yang pernah berkerjasama dengan artis antarabangsa seperti Steve Aoki, Laidback Luke, Diplo dan Iggy Azalea telah membangkitkan sesuatu yang mencurigakan dalam kematian tragis anaknya itu.

Sebagai tanda solidariti kepada Angger Dimas atas kematian tragis anaknya yang mesra dikenali sebagai Dante, artis antarabangsa berkongsi poster #JusticeForDante di media sosial. – Gambar media sosial, 12 Februari, 2024

Ini kerana, Dante boleh berenang sendiri.

Tidak banyak yang diketahui oleh media Indonedia mengenai YA namun terdapat video yang tular di media sosial yang menunjukkan lelaki tersebut pernah berada di dalam kenderaan sama yang dinaiki oleh selebriti Raffi Ahmad.

Raffi sebelum ini didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram oleh kumpulan anti-rasuah, National Corruption Watch.

Dalam pada itu, ibu Tamara, Tia tidak menyangka kekasih anaknya menjadi dalang di sebalik kematian cucunya.

Ini kerana, katanya, setiap hari Dante akan bermain dan sering menghabiskan masa bersama YA, sehingga dia memberikan kepercayaan kepada lelaki berkenaan untuk menemani Dante ketika kanak-kanak terbabit berenang.

“Kami percaya sangat, dia (Dante) sudah biasa berenang bersama dan anaknya pun happy jika bersama dia (YA). Mereka sangat rapat,’’ kata Tia dalam keadaan sedih. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related