Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kestabilan politik jadi faktor penting pacu pembangunan ekonomi, tarik pelabur: PM | Scoop

Kestabilan politik jadi faktor penting pacu pembangunan ekonomi, tarik pelabur: PM

Malaysia kini memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dengan China antara rakan dagang utama

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kestabilan politik dalam kerajaan Madani menjadi faktor penting untuk terus memacu pembangunan ekonomi dan menarik pelaburan dalam negara.

Perdana Menteri berkata, 2024 menjadi tahun untuk kerajaan menumpukan kepada pembangunan ekonomi, bagi memastikan Malaysia kembali disegani di rantau ini.

“2024 ini dengan keadaan politik yang stabil, dan kerajaan yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pelaburan serta meluaskan keupayaaan kita dalam pebagai bidang terutama pendidikan dan kesihatan.

“Kabinet juga sudah diberitahu untuk memastikan tumpuan menjadikan Malaysia kembali sebagai negara hebat di rantau ini,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan keamanan serta kepelbagaian bangsa dan budaya di negara ini yang mampu bertutur pelbagai bahasa, ia perlu diberi lebih penekanan dalam menarik minat pelabur asing melabur ke dalam negara. – Gambar Scoop, 10 Februari, 2024

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang; Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Beliau berkata, dengan keamanan serta kepelbagaian bangsa dan budaya di negara ini yang mampu bertutur pelbagai bahasa, ia perlu diberi lebih penekanan dalam menarik minat pelabur asing melabur ke dalam negara.

“Sekarang kita tumpu pembangunan ekonomi, negara China antara rakan dagang utama sekarang yang melabur dan mengembang usaha ekonomi, kita kembangkan juga budaya pendidikan dan penyelidikan universiti.

“Saya juga baru terima surat maklum balas daripada Presiden China, Xi Jinping bagi meningkatkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

“China sentiasa ada hubungan yang baik dengan kita. Kita hargai kesungguhan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. – Gambar Scoop, 10 Februari, 2024

Selain itu Perdana Menteri turut merakamkan ucapan penghargaan kepada KLSCAH yang terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

“Seperti saya sebut rasuah sebagai kesalahan besar dalam negara dan kita harus bersihkan untuk memungkinkan kita melonjak sebagai negara penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara,” katanya. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related