Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ekonomi Malaysia mesti dibangunkan secara saksama: Anwar | Scoop

Ekonomi Malaysia mesti dibangunkan secara saksama: Anwar

Malah, menurut Perdana Menteri, sebarang kebejatan atau kerosakan mesti dijauhkan selain mengukuhkan perpaduan kaum berbilang bangsa

11:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara mesti dibangunkan secara saksama, mampan dan berkebajikan.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat ringkasnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Malah menurut beliau, sebarang kebejatan atau kerosakan mesti dijauhkan selain mengukuhkan perpaduan kaum berbilang bangsa.

“Di pihak kerajaan, kerja kita akan lebih kuat dan tegap demi memaknai cita Malaysia yang lebih sejahtera dan tinggi darjatnya,” katanya.

Anwar berkata, Tahun Naga menurut kalendar Cina membawa maksud kekuatan dan karisma selain sifat kreativiti dan keyakinan.

Justeru katanya, bagi membangkitkan semangat prinsip-prinsip universal tersebut, rakyat mesti meneruskan tekad untuk menjadi masyarakat yang unggul dan madani.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina. Semoga perayaan tahun baharu pada tahun ini membawa kebahagiaan yang melimpah dan rezeki yang bertambah,” katanya. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related