Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes Tony Pua: Polis akan lengkapkan siasatan dalam masa 7 hari, kata Ketua Polis Negara | Scoop

Kes Tony Pua: Polis akan lengkapkan siasatan dalam masa 7 hari, kata Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini kes berkenaan masih dalam siasatan

12:09 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Polis akan melengkapkan siasatan ke atas Tony Pua berhubung kenyataannya di dalam media sosial yang berbaur hinaan, dalam masa tujuh hari sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketika ini kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Masih dalam siasatan, semalam kita panggil (Tony Pua), ambil kenyataan. Saya pun dah janji dalam masa tujuh hari, akan lengkapkan hantar pada AG,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.


Isnin lalu, Tony Pua telah dipanggil ke di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini bagi memberi keterangan berhubung siasatan mengenai hantarannya di media sosial yang didakwa berbaur hinaan.

Razarudin sebelum ini memaklumkan Pua didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia susulan kenyataan Pua di dalam media sosial yang berbunyi “Trust me. It’s not a scam”, “Oh wow, after all these years, NAJIB/UMNO cybertrooper still love me”, “I beg your pardon?”, “Can someone send me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?, pretty please?” dan “King Klep pardoned!!”

Terdahulu, Pemuda Umno telah membuat laporan polis terhadap Tony kerana didakwa mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebelum ini mengumumkan bahawa Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda.

Lembaga Pengampunan bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar ialah sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related