Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin lolos masih sembunyi di sekitar Tapah, Bidor: KP Perak | Scoop

Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin lolos masih sembunyi di sekitar Tapah, Bidor: KP Perak

Ini berdasarkan maklumat daripada soal siasat dijalankan terhadap pendatang tanpa izin yang diberkas dalam Op Kesan yang memasuki hari kelima hari ini

2:21 PM MYT

 

LUMUT – Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia berdasarkan maklumat daripada soal siasat dijalankan terhadap pendatang tanpa izin yang diberkas dalam Op Kesan yang memasuki hari kelima hari ini.

“Kita akan terus tumpukan pencarian di Tapah dan Bidor terutama di kawasan terpencil seperti kampung dan hutan-hutan kecil berhampiran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir di sini, hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan raya (SJR) akan terus dilaksanakan di tujuh lokasi meliputi daerah Tapah, Kampar, Muallim serta Hilir Perak dan operasi pencarian turut disertai Unit Pasukan Gerakan Udara (PGU) polis menerusi penggunaan dron dan sebagainya.

Pada 1 Februari lepas 131 pendatang tanpa izin terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.

Daripada jumlah itu sehingga pagi ini, 54 pendatang telah berjaya diberkas manakala dua dilaporkan maut akibat kemalangan jalan raya. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Related