Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tentera Israel berpakaian wanita, menyamar petugas perubatan bunuh 3 pejuang Palestin | Scoop

Tentera Israel berpakaian wanita, menyamar petugas perubatan bunuh 3 pejuang Palestin

Anggota unit penyamaran itu melakukan serbuan di sebuah hospital di Tebing Barat yang diduduki

11:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tentera Israel membunuh tiga pejuang Palestin dalam serbuan di sebuah hospital di Tebing Barat yang diduduki.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan anggota unit penyamaran yang menyamar sebagai pegawai perubatan dan orang awam berpakaian wanita serta bertudung melalui koridor hospital dengan membawa bersama senapang.

Tentera Israel berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan menggunakan hospital sebagai tempat persembunyian tetapi tiada bukti disertakan.

Dakwanya, salah seorang yang menjadi sasaran dalam serbuan itu memindahkan senjata dan peluru kepada individu lain kononnya untuk serangan yang dirancang ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan Palestin menuduh Israel melakukan “pembunuhan beramai-ramai baru di dalam hospital”.

Hamas bagaimanapun berkata, tentera Israel “menghukum mati tiga pejuang”, termasuk salah seorang anggotanya.

Sementara itu, kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin mengesahkan dua daripada mangsa yang terkorban disahkan sebagai anggotanya.

Katanya, salah seorang daripada mereka menerima rawatan di hospital terbabit.

Rakaman CCTV dari Hospital Ibn Sina juga menunjukkan beberapa anggota unit penyamaran Israel bergegas melalui koridor, lengkap dengan senjata.

Menerusi video itu jelas kelihatan anggota unit terbabit berpakaian wanita dan bertudung selain memakai pakaian petugas perubatan.

Seseorang boleh dilihat mengambil sehelai pakaian individu tidak dikenali yang sedang berlutut dengan tangan di belakang kepalanya, kemudian menutup kepalanya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related