Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mayat wanita warga asing ditemukan dengan kesan cedera pada leher, dada, tangan | Scoop

Mayat wanita warga asing ditemukan dengan kesan cedera pada leher, dada, tangan

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

1:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita warga asing ditemukan berhampiran tangga di sebuah pangsapuri dekat kawasan Desa Mentari, Sungai Way, Petaling Jaya, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, pada jam 6.30 pagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat tersebut, Bahagian D10 Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh dan dibantu pasukan patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya telah ditugaskan menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa, yang berusia lingkungan 19 tahun, didapati kesan kecederaan di bahagian leher, dadan dan kedua-dua belah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu dengan menyalurkannya kepada mana-mana balai polis terdekat atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sharol Johari di talian 012-4937173,” katanya. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related