Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pemandu Camry halang ambulans di MRR2 ada masalah mental: Polis | Scoop

Pemandu Camry halang ambulans di MRR2 ada masalah mental: Polis

Wanita berusia 41 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan

9:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta Toyota Camry yang menghalang laluan ambulans membawa pesakit di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) di sini semalam, disahkan mengalami masalah psikiatri (mental).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu wanita berusia 41 tahun itu dikesan selepas pemandu ambulans membuat laporan polis mengenai insiden itu.

Menurutnya, pemandu tersebut dibawa ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit didapati menghadapi masalah psikiatri.

“Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan rawatan serta mendapatkan laporan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Polis sudah menahan pemandu wanita berusia 41 tahun itu yang kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik bagi membantu siasatan. – Gambar PDRM, 26 Januari, 2024

Mengulas lanjut, Saridudin berkata, pihaknya mengesan video berdurasi seminit tular di TikTok memaparkan ambulans dihalang laluannya oleh kenderaan dipandu wanita terbabit di MRR2 dari arah Ampang menghala ke Hotel Flamingo.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang semalam di mana ambulans yang dipandu dari arah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menghala ke Ulu Kelang.

“Ambulans tersebut memasang siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit dalam perjalanan dari HUKM menghala ke kediaman pesakit di Ulu Kelang,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran,” katanya. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related