Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada maklumat mengenai ekstradisi pengebom Bali dari Guantanamo Bay: Ayob Khan | Scoop

Tiada maklumat mengenai ekstradisi pengebom Bali dari Guantanamo Bay: Ayob Khan

Mohammed Farik Bin Amin dan Mohammed Nazir Bin Lep didakwa pada 2021 kira-kira 18 tahun selepas ditangkap di Thailand

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima maklumat mengenai kemungkinan kepulangan dua rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Guantanamo Bay selepas didakwa bersubahat dalam pengeboman kelab malam di pulau peranginan Bali, Indonesia, yang mengorbankan lebih 200 nyawa pada Oktober 2002.

Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay semasa sidang media di Bukit Aman, hari ini.

“Kami masih belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara ini,’’ katanya ringkas ketika ditanya mengenai potensi untuk kedua-duanya kembali ke Malaysia.

Kedua-dua tertuduh, Mohammed Farik Bin Amin, 48, dan Mohammed Nazir Bin Lep, 47, didakwa pada 2021 kira-kira 18 tahun selepas ditangkap di Thailand.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Related