Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MB Selangor mengaku kena saman MBSJ | Scoop

MB Selangor mengaku kena saman MBSJ

Namun, Amirudin berkata, beliau sudah membayar saman berjumlah RM80 itu menerusi transaksi dalam talian

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Tiba-tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan beliau dikenakan tindakan itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari di sebuah lokasi di dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Namun, Amirudin berkata, beliau sudah membayar saman berjumlah RM80 itu menerusi transaksi secara dalam talian.

“Saya klik ke pautan dan kurang lima minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019, hampir semua PBT smart parking dan bayaran juga boleh dilaksanakan dalam talian,” katanya menerusi hantaran di X.

Menerusi statusnya itu, Amirudin turut mengingatkan orang ramai yang menerima saman parkir supaya menekan pautan pembayaran untuk melunaskannya.

“Ingat dapat notis saman klik bukan call Datuk Bandar minta waive (dikecualikan),” katanya berseloroh.

Datuk Seri Amirudin Shari berkongsi bukti resit pembayaran saman diselesaikannya secara dalam talian. – Gambar X, 19 Januari, 2024

Malah, melalui status itu, Amirudin berkongsi resit pembayaran dibuatnya untuk kesalahan berkenaan sebagai bukti saman sudah dilangsaikan. – 19 Januari 2024

Topics

 

Hangat

Related