Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agus enggan ulas darjah kebesaran ditarik Sultan Kelantan | Scoop

Agus enggan ulas darjah kebesaran ditarik Sultan Kelantan

5:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini, enggan mengulas mengenai penarikan balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) diterimanya pada 2011.

“Saya tidak mahu komen perkara itu, saya kini berada di luar negara,” katanya ringkas ketika dihubungi Scoop bagi mendapatkan pengesahan berkait penarikan balik darjah berkenaan.

Menerusi satu warta yang tular sejak pagi tadi, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan DPSK kepada Agus, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Warta bertarikh 28 Disember lalu itu memaklumkan, Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

“Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

“Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,” menurut kenyataan menerusi warta berkenaan. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related