Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Naib Canselor diwajibkan hantar laporan pembelajaran AI membabitkan pelajar: Anwar | Scoop

Naib Canselor diwajibkan hantar laporan pembelajaran AI membabitkan pelajar: Anwar

Langkah itu adalah petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam menguasai AI

11:27 AM MYT

 

SERDANG – Naib Canselor di semua universiti diwajibkan menghantar laporan berhubung penggunaan dan pembelajaran Program Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan (AI) membabitkan pensyarah serta pelajarnya pada setiap bulan, bagi diteliti Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Langkah itu ditetapkan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan masyarakat Malaysia, termasuk pelajar universiti dan sekolah serta penjawat awam celik AI, sekali gus tidak ketinggalan dalam perkembangan serta menguasai teknologi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penetapan mewajibkan penggunaan dan pembelajaran itu juga antara usaha kerajaan untuk mencapai unjuran dibuat, iaitu seramai satu juta golongan terbabit akan mempelajari dan menerima manfaat ilmu berasaskan AI dalam tempoh satu tahun selepas dilancarkan.

“AI adalah teknologi baru, satu bidang yang mesti dikuasai sekarang dan mesti diterima kelajuan perubahan yang memaksa kita untuk cepat menangkapnya

“Jadi kalau dibentangkan hari ini kemudian mengambil tempoh tiga bulan untuk pihak universiti dan sekolah memikirkan dan merencanakan, enam bulan baru nak diminta pelajar-pelajar mengikutinya, maka kita ketinggalan satu tahun.

“Jadi NC ada di sini, saya harap universiti ini (UPM) dan universiti lain, malah Menteri Pendidikan Tinggi pun pastikan semua pelajar tanpa kecuali, terutamanya di universiti mesti ikuti program empat jam,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran AI Untuk Rakyat di UPM di sini, hari ini.

Anwar menegaskan, kewajipan itu tidak semestinya membabitkan individu dalam pengkhususan teknologi maklumat (IT), sebaliknya merentas bidang.

“Apa dilakukan dalam AI Untuk Rakyat ini merentasi kementerian, merentas jabatan, jadi saya rasa satu kerugian besar kalau kita tak manfaatkan serta menetapkan dan mewajibkan semua pelajar, tentunya bermula dengan pensyarahlah menguasai ini, iaitu membabitkan kefahaman yang asas.

“Saya tanya tadi saudara Rafizi dalam dok AI ini, saya kata mesti bermula dengan PM (Perdana Menteri), jadi mungkin malam ini dia akan check sama ada saya dah buka (ikuti),” katanya.

AI Untuk Rakyat terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara percuma dan disediakan dalam empat bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

“Ia mempunyai dua modul, iaitu AI Aware dan AI Appreciate. Dengan pendekatan pembelajaran kendiri yang fleksibel, program ini boleh diselesaikan mengikut kelajuan seseorang atau juga dapat diselesaikan dalam masa empat jam.

“Ia boleh diakses melalui lama sesawang, www.ai.gov.my,” katanya.

Kerajaan, ujarnya, menyasarkan sejuta peserta dalam tempoh tiga tahun. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related