Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Forum Perdana Ehwal Islam Diraja | Scoop

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Forum Perdana Ehwal Islam Diraja

Antara inti pati forum itu termasuk peranan penting yang dimainkan Raja-Raja Melayu dalam menjadi tunggak kekuatan agama Islam serta menyatukan masyarakat di Malaysia

12:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Forum Perdana Ehwal Islam Diraja di Istana Negara, malam ini.

Forum bertajuk ‘Institusi Diraja Penyatuan Ummah’ tersebut dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Istana Negara bagi meningkatkan dan menyuburkan kefahaman masyarakat bahawa institusi diraja ialah simbol menyatukan ummah dalam kalangan komuniti yang berbeza dan pelbagai.

Lebih 400 orang hadir di Istana Negara bagi menonton forum yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu yang turut disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar selain barisan kepimpinan tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Antara inti pati forum itu termasuk peranan penting yang dimainkan Raja-Raja Melayu dalam menjadi tunggak kekuatan agama Islam serta menyatukan masyarakat di Malaysia.

Forum tersebut menampilkan Ustaz Zakaria Othman dari Jakim sebagai moderator bersama tiga panel iaitu Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Mohd Izhar Ariff Mohd Kashi dan pensyarah Universiti Malaya Prof Madya Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Ahli panel juga mengupas mengenai kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah mengemudi negara ketika wabak COVID-19 dan ketidaktentuan politik akibat berlakunya ‘hung parliament’ pasca Pilihan Raya Umum ke-15 yang menjadi bukti betapa pentingnya institusi diraja dalam urus tadbir negara ini.

Usai forum tersebut pada 10.30 malam, Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dan bersantap bersama tetamu yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related