Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Isu rumah pelacuran: Kementerian Komunikasi mungkin kawal selia kandungan podcast | Scoop

Isu rumah pelacuran: Kementerian Komunikasi mungkin kawal selia kandungan podcast

Ia bagi mengelak penggendali podcast membicarakan isu sensitif secara terbuka untuk tontonan umum

7:29 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi berkemungkinan akan menetapkan peraturan bagi mengawal selia kandungan podcast (audio siar) yang disiarkan dalam mana-mana platform selepas ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu mungkin dikaji bagi mengelak pengendali podcast daripada membicarakan isu sensitif secara terbuka untuk tontonan umum.

“Kami tiada rancangan lagi (untuk kawal selia kandungan podcast yang dibenarkan) tapi kamu memberikan saya idea (untuk perkara itu),” katanya ketika ditanya sama ada kementeriannya akan mengawal selia isu yang boleh dibicarakan dalam podcast.

Ia berikutan kenyataan pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor menerusi podcast yang memberikan pandangan peribadinya mengenai kewajaran mewujudkan rumah pelacuran di negara ini.

Rosyam berkata, perkhidmatan itu perlu ada bagi membendung jenayah rogol membabitkan warga asing di negara ini.

“Sekarang pendatang asing ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di Malaysia. Isteri ditinggalkan.

“Namanya pun lelaki. Kalau tak nak, tak apa, fahamkan maksud saya? Tak keluarkan (hubungan kelamin dengan pasangan), dia nak tonjol kat mana?” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Rosyam, Fahmi berkata, idea tersebut bertentangan dengan peruntukan undang-undang sivil dan syariah.

“Saya bersetuju dengan pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar. You cannot treat this kind of thing (kita tak boleh layan cadangan begini).

“Undang-undang tidak membenarkan, jadi saya rasa mungkin ada kekhilafan dalam pandangan Datuk Rosyam Nor.

“Kita kena ikut undang-undang, di Malaysia tidak dibenarkan rumah pelacuran,” katanya.

Selepas dikecam ramai, Rosyam hari ini menjelaskan rakaman yang tersebar berkenaan isu rumah pelacuran merupakan video promo untuk program podcast terbitan Suhan Channel.

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, beliau tidak menyangka video berkenaan menjadi tular.

“Alamak, kecoh satu dua hari ini pasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.

“Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’ dan ia adalah perbincangan,” katanya. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related