Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Myvi jatuh longkang, wanita nyaris lemas dibawa arus deras | Scoop

Myvi jatuh longkang, wanita nyaris lemas dibawa arus deras

Insiden itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia nyaris lemas dihanyutkan arus deras selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam longkang besar.

Menerusi rakaman video yang tular di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta terbabit berpaut pada Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras longkang tersebut.

Dua lelaki dilihat cuba menyelamatkan wanita itu dengan seorang daripadanya terjun ke dalam longkang dan menarik mangsa.

Kedua-duanya dilaporkan selamat.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani lelaki yang terjun ke dalam longkang terbabit untuk menyelamatkan mangsa.

“Terbaiklah abang yang menolong. Semoga Allah mengurniakan kebaikan di dunia dan akhirat,” kata Smail.

“MasyaAllah. Terima kasih orang baik. Semoga menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan seharian. Aamiin,” kata Tokwan Janggut.

“Alhamdulillah akak tu selamat. Tak dapat bayang kalau ada anak-anak dalam kereta tu,” kata Yaya Ishak. – 7 Januari, 2024

@scoopdotmy

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia nyaris lemas dihanyutkan arus deras selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam longkang besar. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Bukit Samsu, Jalan Kota Tinggi-Mersing, Johor. Dalam video berdurasi 15 saat itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta terbabit berpaut pada Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras longkang tersebut. #beritatiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #myvi #johor

♬ original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy

Topics

 

Hangat

Related