Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini | Scoop

Hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) peringkat negeri/daerah diaktifkan serta tahap kesiapsiagaan ditingkatkan bagi menghadapi bencana

9:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat berterusan di Pekan dan Rompin, Pahang hari ini.

Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan pada 8.15 pagi ini, hujan berterusan juga dijangka berlaku di Kuantan, Pahang dan seluruh Johor. 

Sehubungan itu, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)  meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) peringkat negeri/daerah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak JPB negeri dan daerah dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” demikian menurut kenyataan NADMA di sini hari ini. 

NADMA melalui NDCC sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

Selain itu, NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan e-mel opsroom@nadma.gov.my. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related