Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hilang sejak Oktober lalu, polis giat usaha kesan Muhammad Khairul | Scoop

Hilang sejak Oktober lalu, polis giat usaha kesan Muhammad Khairul

Remaja OKU berusia 17 tahun itu keluar rumah pakai kemeja-T berwarna biru tua

10:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dilaporkan keluar dari rumahnya di Bukit Beruntung, Selangor sejak 19 Oktober lalu, sehingga kini ‘misteri’ kehilangan remaja orang kurang upaya (OKU) berusia 17 tahun, Muhammad Khairul Ridzuan Rosdizan masih belum terjawab.

Kali terakhir remaja tersebut keluar rumah memakai kemeja-T berwarna biru tua, seluar panjang berwarna gelap, corak petak dan memakai selipar hitam.

Pelbagai usaha dijalankan termasuk bantuan polis bagi mengesan remaja berkenaan selepas ibunya datang ke Balai Polis Bukit Sentosa pada jam 5.30 petang bagi membuat laporan kerana kehilangan anaknya pada 19 Oktober lalu.

Sehingga 22 Oktober, Muhammad Khairul masih tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, hasil siasatan, remaja tersebut merupakan OKU (masalah pembelajaran).

Maklumat orang hilang yang dikongsi polis bagi mengesan Muhammad Khairul Ridzuan Rosdizan yang tidak pulang ke rumahnya di Bukit Beruntung sejak 19 Oktober tahun lalu – Gambar PDRM, 5 Januari, 2024

“Pihak polis masih mengesan dan mencari remaja yang hilang itu dan sehingga hari ini dia masih tidak ditemukan. Usaha mengesan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhammad Khairul diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60651021.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Zulaikha Mohamed di talian 03-606641222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Related