KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Shila Amzah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertamanya bersama Ubai.
Berita gembira itu diumumkan menerusi sebuah video yang dikongsikan di akaun Instagram pasangan tersebut.
Dalam video berkenaan, Ubai bercerita mengenai kisah hidupnya dan Shila sepanjang tahun lalu, di mana tahun tersebut dia kehilangan adik dan ibunya.
Pada masa sama, tahun tersebut turut menyaksikan dia dan Shila disatukan sebagai suami isteri.
Untuk tahun 2024, pasangan ini berkongsi kegembiraan bahawa mereka sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka.
“Ada sebab kenapa kami baru beritahu sekarang kerana ingin pastikan kandungan kali ini baik-baik sahaja di awal kehamilan.
“Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini dan doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya,” kata Shila.
Shila dan Ubai bernikah pada 4 Ogos lalu.
Sebelum ini Shila sudah memiliki seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais, 5, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami. – 5 Januari, 2024