Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Fitnah orang politik terhadap Anwar akan terus gagal | Scoop

Fitnah orang politik terhadap Anwar akan terus gagal

Mereka telah gagal pada 1999, seterusnya gagal pada 2015 dan 2022

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Segala bentuk fitnah bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh segelintir orang politik akan terus gagal.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berpuluh tahun mereka bersaing dengan Anwar ialah dengan mencipta fitnah.

Malah Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, mereka (orang politik) telah gagal pada 1999 dan seterusnya gagal pada 2015 serta 2022.

“Ia akan terus gagal. Dan daripada fitnah inilah yang melahirkan manusia seperti saya, Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan ramai lagi.

“Teruskan fitnah ini dan insya-Allah lebih ramai seperti kami akan dilahirkan,” katanya dalam kenyataan di laman X.

Beliau sebelum itu memberi respons kepada seorang pengguna laman X yang berterusan mempersoalkan kes liwat yang dihadapi Anwar sebelum ini.

Tegas Rafizi, beliau sendiri mengikuti perbicaraan Anwar dari hari pertama sehingga habis dan ada menulis buku mengenai kes tersebut.

“Beliau (Anwar) tak luak apa-apa bila orang terus mainkan fitnah ini, tetapi mereka yang mengulanginya terus berdosa, termasuk geng-geng di media sosial yang percaya tanpa mendalami fakta kes,” katanya. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related