Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas | Scoop

Mrs Malaysia World 2023 bakal peraga kostum wau terbesar di Las Vegas

Kostum bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter lebar yang berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai "Kostum Wau Terbesar" adalah rekaan Saran Anak Lagong

8:18 AM MYT

 

KLANG – Mrs Malaysia World 2023 P. Vanishaantini bakal memperagakan kostum wau terbesar bagi merebut gelaran Best National Costume pada pertandingan Mrs World 2023 di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Januari ini.

Direka oleh Saran Anak Lagong, kostum bersaiz 3.8 meter tinggi dan 4.8 meter lebar itu juga berjaya mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai “Kostum Wau Terbesar” dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.

Vanishaantini, 27, berkata penyertaan beliau ke pertandingan itu diharap dapat membawa nama Malaysia dengan memaparkan keunikan kehalusan seni kraf tempatan. 

“Saya berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dengan membawa kostum ini kerana saya mahu membawa sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata dirinya mengambil cabaran untuk memperagakan kostum seberat kira-kira 10 kilogram itu dengan membuat persediaan dari segi mental serta fizikal. 

“Sejak Mac lagi, saya secara berterusan berlatih catwalk, menjaga kesihatan dan pada masa sama mengendalikan perniagaan selain terlibat dengan kerja-kerja sosial. Saya berharap dapat membuat yang terbaik pada pertandingan itu nanti,” katanya. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related