Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Zaliha arah DBKL pantau isu ulat parkir | Scoop

Zaliha arah DBKL pantau isu ulat parkir

Kegiatan haram tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat

4:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parkir di Kuala Lumpur. Saya telah arahkan @DBKL2u (DBKL) untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti seperti ini,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.

Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku empat hari lepas di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related