Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kartel manipulasi tender kerajaan: Perlindungan pemberi maklumat perlu dijamin untuk galak laporan | Scoop

Kartel manipulasi tender kerajaan: Perlindungan pemberi maklumat perlu dijamin untuk galak laporan

Jaminan itu penting kerana usaha membanteras kartel adalah tanggungjawab bersama

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perlindungan kepada pemberi maklumat atau whistleblower berhubung isu kartel, termasuk mengenai tindakan memanipulasi projek tender kerajaan perlu diperkemaskan dan dijamin sebaiknya.

Menurut Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, jaminan keselamatan kepada mereka akan merangsang lebih ramai individu tampil untuk melaporkan aktiviti mencurigakan, seterusnya mampu menangani isu berkenaan.

Katanya, jaminan itu penting kerana usaha membanteras kartel adalah tanggungjawab bersama.

“Penglibatan awam dan program kesedaran berterusan mengenai kepentingan integriti, dapat membina tekanan yang positif untuk mencapai ketelusan dan pertanggungjawaban diinginkan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, dakwaan 500 syarikat di negara ini sedang berada di bawah penelitian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dikatakan membentuk kartel untuk memanipulasi projek tender kerajaan, dianggap sebagai isu amat serius dan penipuan yang sama besarnya dengan ancaman rasuah.

Malah, katanya, strategi membabitkan pemilik syarikat berkahwin dengan beberapa isteri dan menggunakan nama mereka sebagai proksi, memberikan impak negatif terhadap persaingan yang adil.

Justeru, ujarnya, tindakan MyCC memantau aktiviti kartel ini mesti disokong rakyat dan pasukan forensik pelbagai agensi, perlu diaktifkan semula bagi mengekang segera masalah berkenaan.

“MCW mahu menekankan mengenai kepentingan penyiasatan berkualiti dalam menangani isu kartel dan rasuah. Strategi lebih ampuh diperlukan untuk menangani isu ini.

“Isu kartel membabitkan aspek yang kompleks dan memerlukan pemahaman mendalam dari pelbagai perspektif. Pasukan pakar forensik pelbagai agensi itu pasti akan dapat mengesan dan memberikan impak besar dengan tindakan perundangan lebih tegas.

“Pasukan forensik itu juga perlu bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk meningkatkan keberkesanan pencegahan, selain tindakan tegas dapat dilakukan segera,” katanya.

Pada masa sama, Jais berkata, kes berulang yang dilaporkan mengenai kartel memanipulasi tender kerajaan adalah amat mengecewakan, terutama ketika ramai rakyat sedang berdepan kegawatan ekonomi serius.

“Hanya tindakan cepat dan tegas untuk membanteras isu ini dapat meredakan hati rakyat, selain memupuk persekitaran perniagaan yang telus serta bertanggungjawab untuk kesejahteraan negara,” katanya.

Semalam, lebih 500 syarikat kini dilapor berada di dalam pemerhatian MyCC kerana dipercayai membentuk kartel untuk membida tender projek kerajaan.

Antara modus operandinya adalah pemilik syarikat sanggup berkahwin empat untuk membina empayar sendiri.

Tindakan itu membolehkan mereka menggunakan nama isteri dan saudara-mara yang dipercayai sebagai proksi.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata syarikat itu dikesan cuba memanipulasi tawaran tender. — 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related