Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Netizen bengang, Sambal Nyet Khairul Aming ‘diplagiat’ ramai yang tersalah beli | Scoop

Netizen bengang, Sambal Nyet Khairul Aming ‘diplagiat’ ramai yang tersalah beli

Netizen menularkan produk tersebut selepas ramai yang mengadu mereka telah tersalah beli sambal 'plagiat' itu

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR — Sambal Nyet yang merupakan produk keluaran pempengarah Khairul Aming, kini dikatakan telah diciplak oleh individu lain dan dijual platform e-dagang.

Ia menyebabkan netizen menularkan produk tersebut selepas ramai yang mengadu mereka telah tersalah beli produk itu.

Berdasarkan gambar-gambar yang tular di media sosial, ia turut menggunakan nama ‘Sambal Nyet Khairi’ dan terdapat gambar seorang individu yang memberikan penghargaan kepada pasukannya.

Netizen meluahkan kemarahan mereka kerana ia mengelirukan dan mencetuskan banyak persoalan.

Mereka marah kenapa produk Khairul Aming ditiru malah pelekat pada botol sambal itu sama dengan produk asal.

Malah seorang pembeli mengaku dia telah terbeli lima botol sambal ‘tiruan’ berkenaan ketika promosi 12.12 lalu.

Pembeli itu berasa sangat dan meminta bayaran balik tetapi tidak diendahkan oleh penjual.


“Beli dekat TikTok. Ingat Sambal Nyet Khairulaming je. Ni ada pula orang plagiarism ambil nama dia. Pening customer macam aku ni. Pilih lah nama lain ke apa. I is sad,’’ katanya.


Netizen turut ‘tag’ Khairul Aming dan meminta selebriti tersebut mengambil tindakan segera bagi mengelakkan lebih ramai pengguna yang tertipu.

Tidak kurang pula yang menunjukkan cara-cara untuk membuat laporan kepada platform e-dagang supaya produk plagiat tersebut disekat penjualannya.


Sambal Nyet keluaran Khairul Aming telah terjual sebanyak 2.4 juta botol pada September lalu, iaitu selepas kira-kira tiga tahun dilancarkan. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan nilai jualan RM33.5 juta.

Ia juga merupakan antara faktor yang melayakkan beliau memenangi anugerah Creator Of The Year, TikTok Awards Malaysia 2023.

Dalam pada itu, Khairul Aming masih belum mengulas mengenai Sambal Nyet ciplak tersebut. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related