Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari: PDB | Scoop

Bekalan diesel di semua stesen Petronas terjejas akan pulih dalam dua hari: PDB

Petronas kekal komited untuk memberikan perkhidmatan tanpa gangguan kepada pelanggan dan amat menghargai kesabaran semua semasa tempoh gangguan ini

11:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Bhd mengumumkan bahawa bekalan diesel di stesen-stesen Petronas yang terjejas di seluruh negara akan pulih sepenuhnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas Dagangan berkata pemulihan semula bekalan akan dilakukan dalam tempoh dua hari lagi.

“Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan tanpa gangguan kepada pelanggan kami dan menjadikan kehidupan harian mereka lebih mudah dan bermanfaat. Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda sepanjang tempoh gangguan ini,” katanya.

Pada Selasa, syarikat itu memaklumkan bahawa beberapa stesennya di seluruh negara sedang menghadapi kehabisan stok diesel, dan isu berkenaan dijangka berterusan sehingga 31 Disember, 2023.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak berkata pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat daripada Petronas mengenai gangguan bekalan yang menjejaskan hampir semua stesen minyaknya di negeri itu dan juga di Sabah.

KPDN Sarawak menambah, melalui Bahagian Penguatkuasaannya, ia giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan di semua stesen minyak. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related