Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kelantan bincang dengan kerajaan Pusat atasi banjir termenung | Scoop

Kelantan bincang dengan kerajaan Pusat atasi banjir termenung

Nassuruddin berkata, usaha itu adalah bagi memastikan langkah terbaik dilakukan agar paras air tidak tinggi dan berlakunya banjir termenung

5:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Kelantan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah banjir termenung, terutama di beberapa kampung di sekitar Rantau Panjang.

Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, terdapat banyak rungutan daripada penduduk mendakwa pembinaan benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, menyebabkan paras air banjir semakin tinggi dan mengakibatkan banjir termenung.

“Banyak rungutan daripada mangsa banjir yang mengharapkan agar kerajaan Pusat membuat kajian mengenai pembinaan benteng tersebut. Kerajaan negeri juga faham projek benteng itu belum siap sepenuhnya.

“Bagi saya mungkin kerajaan Pusat perlu memikirkan sesuatu sebelum projek itu siap sepenuhnya supaya air dapat mengalir dengan lancar, sekali gus mengelak berlakunya banjir termenung,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang di Pasir Mas, hari ini.

Mengenai cadangan agar dibina terowong atau membuka laluan air bagi mengalirkan air banjir daripada bertakung, Mohd Nassuruddin berkata, sekiranya itu penyelesaian selepas kajian dijalankan, cadangan oleh penduduk kampung itu akan dilaksanakan.

“Banjir di sini (Pasir Mas dan Rantau Panjang) didakwa lebih besar daripada 2014, malah paras air lebih tinggi disebabkan wujudnya benteng tersebut.

“Kita bukan mahu lari daripada masalah banjir kerana ia sudah biasa berlaku, tetapi sesuatu perlu dilakukan agar paras air tidak tinggi dan berlakunya banjir termenung,” katanya.

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyatakan akan melakukan ubah suai pada struktur alur limpah PLSB Sungai Golok di Pengkalan Teluk, Rantau Panjang, Kelantan susulan masalah banjir termenung di kawasan itu. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related