Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Rujukan daripada buku, bukan menghina: Anwar | Scoop

Rujukan daripada buku, bukan menghina: Anwar

Penggunaan frasa k****g pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di UPSI hanya merujuk kepada petikan buku Hikayat Hang Tuah

7:33 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Penggunaan frasa k****g pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Khamis lalu hanyalah merujuk kepada petikan  buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata istilah k****g itu diambil daripada buku berkenaan yang menceritakan bahawa Hang Tuah mempunyai penguasaan bahasa yang banyak termasuk bahasa Melayu, bahasa Arab, Siam dan bahasa Keling yang diambil daripada istilah kalinga.

“Sekarang, istilah keling tidak disenangi banyak pihak, jadi saya tak gunakan. Saya cuma (ambil) quotes dalam buku itu.

“Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya. Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama,” katanya pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di sini hari ini. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related