Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari: MBSJ | Scoop

Pemasangan cerucuk besi dijangka siap empat hari: MBSJ

Selepas kerja pemasangan cerucuk besi selesai, proses pemulihan tebing kepada (struktur) asal akan dibuat, sebelum diteruskan dengan kerja-kerja menurap jalan

5:16 PM MYT

 

PUCHONG – Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat hari lagi. 

Yang Dipertua Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata setakat hari ini sebanyak 121 daripada 375 cerucuk telah selesai ditanam. 

“Lepas kerja pemasangan cerucuk besi selesai, proses pemulihan tebing kepada (struktur) asal akan dibuat, sebelum diteruskan kemudiannya dengan kerja-kerja menurap jalan, ” katanya kepada Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, punca kejadian tanah runtuh di kawasan itu masih lagi dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains.

Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi  mendapati beberapa anggota polis dan bomba masih membuat pemantauan berkala di lokasi tanah runtuh. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Related